Anak buah bertanyakan Mamanya di pagi raya, pemuda berkongsikan kisah sedih disaman langgar SOP ziarah kubur

Anak buah bertanyakan Mamanya di pagi raya, pemuda berkongsikan kisah sedih disaman langgar SOP ziarah kubur

Semalam ( 21/7/2021 ) pada jam 1230pm saya call adik yang kena kompaun tu. Saya minta adik tu call Pejabat Kesihatan untuk pembayaran kompaun tersebut. Selepas jam 2pm, adik tu terus ke Pejabat Kesihatan. Kemudian JKM ( MUNGKIN ) tunggu adik tu di Pejabat Kesihatan untuk mendengar sama apa yang boleh dibantu.

Selesai perbincangan antara 3 pihak, akhirnya JKM tersebut menyatakan ingin membayar kompaun tersebut yang sudah diberi diskaun sebanyak 50%.

So adik tu pun terus call saya beritahu JKM nak bayarkan. Saya cakap tiada masalah siapa pun yang bayarkan, janji selesai segalanya. So Alhamdulillah selesai semuanya untuk pihak adik itu.

Ketahuilah kita semua segala apa yang terjadi ini adalah kehendak Allah. Semua ini ujian untuk kita semua.

Tahu kenapa adik tu bawa 2 orang anak buahnya ke kubur? Kerana anak buah beliau 2 orang tu di pagi Raya Aidiladha bertanyakan pada beliau ‘ Mama, Mama. ‘

Korang rasa perasaan beliau ketika itu yang dengar perkataan Mama dari 2 orang anak kecil?

Korang rasa perasaan beliau sebagai bapa saudara kepada 2 orang anak kecil?

Sumpah saya juga akan lakukan perkara sama seperti beliau seandainya perkataan Mama keluar dari mulut anak yatim. Allahurabbi

Sumber – FB Azmir Yusof 25