Anak kelahiran Ipoh berjaya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi UK

Anak kelahiran Ipoh berjaya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi UK

 

Sebuah lagi sejarah tercipta apabila seorang anak kelahiran Ipoh, Eason Rajah berjaya dilantik sebagai hakim di England berkuat kuasa 18 April ini.

Dilaporkan pelantikan Rajah ini diumumkan secara rasmi menerusi laman jabatan kehakiman United Kingdom dalam mengisi kekosongan di Mahkamah Tinggi.

Untuk pengetahuan, Rajah mulai mendapatkan pendidikan awal di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti di Nottingham di mana beliau diterima ke dalam Majlis Peguam pada tahun 1989.

Eason Rajah merupakan pakar dalam bidang amanah antarabangsa dan ligitasi estet sebelum dilantik sebagai Peguam Diraja pada tahun 2011.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pendaftar, langkah pertama dalam tangga kehakiman pada 2016 dan diberi kuasa sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 2020.

Sebuah pencapaian yang membanggakan buat Eason Rajah selaku anak kelahiran Ipoh ini. Semoga pencapaian yang diperoleh sekaligus bakal menjadi pendorong kepada lebih banyak golongan profesional mencipta sejarah.