Anak kena tenung sebab bising di kedai makan, wanita suruh pengunjung bungkus makan di rumah

Anak kena tenung sebab bising di kedai makan, wanita suruh pengunjung bungkus makan di rumah

 

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan leteran seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila anak-anaknya ditenung oleh pengunjung yang sedang menjamu selera di kedai makan kerana membuat bising.

Lepas makan biasalah anak2 bising

Menerusi posting yang dimuat naik ke TikTok dan dikongsikan semula di aplikasi Twitter, wanita terbabit mengatakan yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak apabila sudah habis makan dan tiada aktiviti lain dengan bermain serta membuat bising.

Apa yang membuatkan wanita itu bengang adalah pengunjung yang menenung mereka ketika anaknya mula menangis dengan kuat.

Bungkus makan kalau tak suka suasana bising

Tambahnya di dalam video tersebut, jika tidak suka dengan suasana bising terutamanya kerenah anak kecil, lebih elok membungkus makanan dan makan di rumah sahaja.

Disela-sela itu, ada wanita lain yang mungkin saudaranya mencelah dengan mengatakan individu seperti itu seharusnya tidak perlu makan diluar kerana tidak boleh menerima tangisan dan suasana bising budak kecil yang membuat bising.

 

Ujar wanita itu, apa yang disampaikan adalah pesanan kepada semua terutamanya yang datang tanpa anak kecil supaya menerima apa yang berlaku.

Kena saling tolak ansur, jangan salahkan satu pihak

Namun begitu, menjengah ke Twitter @twtbiy, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan wanita itu kerana merasakan ibu bapalah yang harus bertolak ansur dengan orang lain.

Mereka juga meminta agar tidak menyalahkan pengunjung yang datang ke kedai makan sahaja kerana perana ibu bapa adalah mengawal anak-anak dari menggangu orang lain bukannya membiarkan sahaja kerenah mereka.

Kalau dah sendiri pun rasa tak selesa, buat la sesuatu

Kalau dah tahu anak buas tu duduk jela rumah

Alasan “biasalah budak2 tu” boleh buat bergaduh ye

 

Walau bagaimanapun, mungkin kejadian yang diluarkan itu membuatkan berasa kurang selesa dengan tindakan pengunjung tersebut seperti tidak suka dengan perangai anak-anaknya yang terlalu bising.

Jadi, lebih eloklah jika kita saling muhasabah diri dan tidak menyalahkan sebelah pihak sahaja kerana boleh bukan semua yang kita rasakan ‘biasa’ disukai orang lain.