“Anak lambat lagi nak kahwin, ayah dah 2 kali kahwin” – Atiq Azman

“Anak lambat lagi nak kahwin, ayah dah 2 kali kahwin” – Atiq Azman

 

Pelakon Atiq Azman memuat naik sekeping foto dan video yang menunjukkan ayahnya selamat bergelar suami sekali lagi. Tahniah!

Alhamdulillah

Menerusi posting yang dimuat naik, Atiq kelihatan tersenyum sewaktu ayahnya, Raja Azman Shah sedang akad nikah. Pelakon drama ‘Nur’ ini dan adik beradiknya yang lain turut menumpang gembira tatkala melihat ayah mereka selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati.

Majlis yang berlangsung di sebuah masjid itu menyaksikan Raja Azman menyerahkan RM300 mas kahwin kepada isterinya.

Alhamdulillah. Bukan Atiq nikah. Ayah Atiq yang nikah.

Menjengah di Instagram Story, Atiq dilihat sempat mengusik ayahnya. Ujar Atiq, muka ayahnya sangat gembira hari ini.

Anak lambat lagi nak kahwin. Ayah dah dua kali kahwin.