Anak lebam-lebam, pihak taska tuduh budak lain kasari, tinjauan CCTV bongkar dianiaya pengasuh

Anak lebam-lebam, pihak taska tuduh budak lain kasari, tinjauan CCTV bongkar dianiaya pengasuh

 

Saban hari, berita tentang kekerasan pengasuh taska membuatkan ibu bapa agak paranoid mahu tinggalkan anak mereka di bawah jagaan orang tidak dikenali.

Namun apa lagi pilihan yang ada? Mahu atau tidak, mereka harus buang segala tanggapan buruk dan berharap semoga orang yang diupah boleh menjalankan kerja mengasuh dengan baik.

Dimaklumkan kesan lebam adalah sebab perbuatan kasar budak lain, rupanya…

Malang sekali bagi sepasang suami isteri ini, nasib kurang baik telah berpihak kepada anak mereka. Dalam sebuah video yang dikongsikan, awalnya terdapat kesan lebam ditemui pada bayi tersebut namun pihak taska berkata ia berpunca daripada sikap kasar budak-budak lain di sana.

 

Mengapa orang macam ni bekerja dengan kanak-kanak kalau takde erti kesabaran?

Pun begitu, pemeriksaan CCTV di taska terbabit akhirnya mendedahkan tembelang sebenar. Rupanya, si kecil yang belum mengerti apa-apa itu telah dikasari berulang kali di muka gara-gara menangis. Tidak cukup dengan itu, penjaga dalam video turut menutup wajah bayi tersebut dengan bantal sebelum keluar tinggalkan bilik.

 

Kalau rasa diri tu kurang sabar, jangan apply kerja jaga budak

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor itu cukup membuatkan netizen hiba dan gagal menahan marah. Mereka beranggapan sesiapa yang tidak mampu sabar dalam menguruskan budak-budak sebenarnya kurang sesuai bekerja sebagai pengasuh.

 

Justeru itu, mereka berharap semoga isu berkenaan segara ditangani oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM.