“Anak lebih percaya orang baru hidup dengannya dari ibu yang melahirkan” – Ibu Syamsul

“Anak lebih percaya orang baru hidup dengannya dari ibu yang melahirkan” – Ibu Syamsul

Baru-baru ini, ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail seakan meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya di media sosial telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh ibu mentua kepada aktres Puteri Sarah di IG storynya, dia memaklumkan seorang anak lebih cenderung untuk lebih percaya individu yang baru hidup bersama berbanding dengan insan yang bergelar ibu.

“Masya-Allah, anak lebih percaya kepada orang yang baru hidup dengannya dari percaya kepada kata-kata ibu yang melahirkannya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Datin Patimah yang juga merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah turut berharap agar Allah memberi petunjuk kepada golongan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar.

“Ya Allah, berilah petunjuk ke jalan yang benar, buka jalan orang-orang yang sesat,” katanya lagi.

Terdahulu, Datin Patimah berharap menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana berdamai dengan suaminya secara bersyarat namun, aktres tersebut berhak untuk membuat keputusan bagi menentukan kebahagiaannya.