Anak Nurul Izzah positif Covid-19

Anak Nurul Izzah positif Covid-19

Assalamualaikum WBT.

Harith, mama’s little alien – telah disahkan positif Covid-19.

Setakat ini Harith dalam keadaan baik, Alhamdulilah – hanya mengalami keletihan dan kelesuan. Harith telah lengkap dua dos vaksin seperti kakaknya, Safiyah dan juga mamanya (kecuali tambahan dos penggalak untuk saya)

Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan. Memandangkan saya merupakan kontak rapat, saya akan terus melaksanakan kuarantin kendiri meskipun saya telah melakukan saringan dan disahkan negatif.

Sama sama lah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini.

Buat para ibu bapa, dapatkan vaksin bagi anak-anak anda yang berumur 5 tahun ke atas demi melindungi mereka.

Untuk makluman para ibu & ayah di Seberang Perai :

• Vaksinasi kanak2 5-11 tahun utk Penang bermula esok di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mereka yang punyai komorbiditi.

• Hanya 2 PPV Hospital sahaja (PPV – special PPV) iaitu
a) Hospital Pulau Pinang, dan;
b) Hospital Seberang Jaya.

Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai komorbiditi akan dicucuk sama ada di Klinik Kesihatan atau di Sekolah (dibawah pengurusan kesihatan awam)

Much love, prayers, best wishes from all of us.

Sumber – FB Nurul Izzah