Anak OKU ditemui lemah disebelah mayat ibu selepas 5 hari meninggal dunia
Seorang anak kurang upaya (OKU) ditemui di sebelah ibunya yang dipercayai meninggal dunia lebih lima hari di Kampung Berjaya, Kuala Pegang, Baling, Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Shamsudin Mamat, berkata Tengku Rose Mawar Tengku Saiful Munir yang berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan lemah di sebelah mayat Rusnah Abu Hadan, 61.
“Punca kematian belum dapat dipastikan dan Tengku Rose Mawar sudah dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat Rusnah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk menjalani ujian Covid-19.
“Kami belum menerima laporan punca kematian daripada Kementerian Kesihatan.”
Sumber – FMT