Anak perempuan didakwa jadi penyondol, Abby Abadi beri respon – “Memang sedap tunding jari..”

Anak perempuan didakwa jadi penyondol, Abby Abadi beri respon – “Memang sedap tunding jari..”

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. Semalam menerusi Twitter @umisyamazlan, wanita ini mendakwa Marissa telah menjalinkan hubungan terlarang dengan suaminya, bernama Aslam.

Aku log-in email lelaki yang dulunya suami…Masuk email booking, hebat firasat isteri, kan?

Baru 3 tahun berkahwin dan punyai 2 orang anak, Misya meluahkan terkilan kerana kehadiran Marissa seakan meranapkan mahligai yang sudah dibina. Sudah berkali-kali memberikan peluang untuk memperbetulkan keadaan, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Dalam pendedahan tersebut, Misya turut menyertakan bukti tempahan hotel yang dibuat oleh mereka berdua pada Jun 2023.

 

 

Marissa sudah tutup ruangan komen Instagram

Hingga saat ini, pihak Marissa masih belum mengeluarkan sebarang penafian atau kenyataan lanjut mengenai dakwaan yang dibuat oleh Misya. Namun gadis berusia 18 itu dilihat sudah pun menutup segala ruangan komen di hantaran Instagramnya.

Memang sedap bersangka-sangka & menambah cerita

Maklum tentang konflik yang sedang menimpa anaknya, Abby Abadi pula berkata pihak mereka bakal mengeluarkan kenyataan nanti. Menerusi beberapa posting Instagram Norman Hakim, netizen dilihat sudah mula mengasak tentang permasalahan yang menimpa Marissa.

Pun begitu, ada yang beranggapan orang ramai tidak seharusnya meletakkan kesalahan atas bahu Norman Hakim semata-mata.