Anak perempuan ingin bertatoo, cerita si ayah buatkannya berubah fikiran

Anak perempuan ingin bertatoo, cerita si ayah buatkannya berubah fikiran

Kebelakangan ini, menjadi satu cabaran besar buat pasangan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Dengan persekitaran yang semakin mencabar seiring dengan perkembangan zaman dunia tanpa sempadan ini, sudah tentulah beban ibu bapa semakin bertambah berat.

Jika 70 tahun yang lalu kaedah kuku besi dianggap cara yang paling berkesan untuk membesarkan anak-anak, mungkin tidak lagi hari ini.

Malah, kini, boleh dikatakan agak sukar untuk kita memastikan anak-anak hanya mengikut telunjuk kita dan mematuhi peraturan yang kita tetapkan tanpa kita perlu jelaskan sebab di atas sesuatu arahan itu.

Berbeza dengan dahulu, kita juga tidak boleh menghukum mereka secara membuta tuli. Begitulah juga dengan satu kisah menarik yang dikongsikan seorang doktor pakar di FBnya.

Doktor pakar tersebut dikenali dengan nama Dr. Imelda Balchin yang bersuamikan seorang ‘mat salleh’ dan mempunyai dua orang anak perempuan yang cantik dan bijak.

Kisahnya bermula apabila salah seorang anak perempuannya bernama Samira yang berkeinginan untuk memiliki tatoo, seperti kebanyakkan budak-budak sebayanya yang terdedah dengan ‘trend’ popular masa kini.

Memiliki tatoo bagi budak sebayanya dianggap satu kemestian meskipun sekadar tujuan untuk bersuka-suka.

Lantas Samira meminta izin ayahnya tentang hasratnya itu. Namun respon ayahnya sangat mengejutkan.

Ayahnya bukan sahaja tidak ‘menerakakan’ anaknya, malah hasrat anaknya disambut dengan begitu berhemah dan melayan keinginan anaknya dengan sopan tanpa rasa marah. Maklumlah anak ‘mix’, bukan ‘pure’ kampung serupa ibunya.

Ayahnya menerangkan secara baik maksud disebalik perbuatan tatoo dizaman dahulu kepada Samira.

Menurutnya, orang yang bertatoo dizaman dahulu terdiri dari kalangan hamba abdi bertatoo supaya dapat dibezakan antara tuan dan hamba abdi.

Mereka menggunakan tatu untuk menandakan hamba milik mereka supaya jika mereka ditangkap melarikan diri, mereka akan dikembalikan kepada pemiliknya.

Mereka juga melakukan tatoo terhadap lembu milik mereka agar pemilik lembu akan diketahui sekiranya lembu tersebut hilang nanti.

Tatoo juga dilakukan bagi membezakan sesuatu puak dari kalangan sesama mereka. Tambah ayahnya, golongan hamba abdi menghabiskan berabad-abad lamanya berjuang untuk kebebasan diri mereka dan apabila mereka akhirnya bebas, lelaki bebas tidak lagi memerlukan tatoo. Tiada tatu bermakna kebebasan, jelas si ayah lembut.

Akhirnya, dengab penerangan berhemah digunakan ayahnya tanpa cuba mengambil sikap berhukum menyebabkan Samira mengubah fikiran dan tidak lagi mahu bertatoo.

Sebenarnya, inilah pendekatan yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa, guru dan juga pendakwah zaman ini. Elakkan sikap suka berhukum dalam menyekat keinginan anak, pelajar mahupun masyarakat. Sebaiknya gunakanlah pendekatan berdamai.

Semoga pembaca beroleh pengajaran terhadap perkongsian tersebut. Terima kasih kisah yang menarik, Dr Imelda Balchin.

Sumber – FB