Anak Ridzuan Hashim luah rasa rindu, terkilan tak sempat tunaikan permintaan beli skuter

Anak Ridzuan Hashim luah rasa rindu, terkilan tak sempat tunaikan permintaan beli skuter

 

Khamis lalu, dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang permata iaitu pelakon veteran terkenal, Ridzuan Hashim.

Popular dengan watak King dalam filem KL Gangster, para peminat turut terkesan dengan pemergian aktor berusia 62 tahun tersebut.

Di Instagram, anak bongsu arwah, Diyana meluahkan rasa rindu yang tak terhingga kepada bapanya.

Menurut Diyana, punca kekuatannya untuk bekerja keras mencari wang telah hilang.

Sebelum ini dia membuat dua tiga kerja demi untuk berbakti dan menunaikan setiap permintaan bapanya.

Diyana juga ada berkongsi momen-momen dia memenuhi keinginan arwah untuk makan makanan kegemaran seperti lontong rojak, nasi minang dan sebagainya.

ridzuan hashim meninggal dunia
anak ridzuan hashim

Sebagai anak, dia berjanji bahawa bapanya tak perlu bekerja lagi kerana dia akan mengambil alih tugas itu.

Anak bongsu daripada lima beradik ini bagaimanapun meminta maaf kerana tak sempat belikan permintaan terakhir ayah iaitu sebuah skuter.