Anak sering cetus kontroversi, Azhar Sulaiman luah rasa bimbang – “Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke”

Anak sering cetus kontroversi, Azhar Sulaiman luah rasa bimbang – “Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke”

 

Sedia maklum, anak perempuan Azhar Sulaiman tidak henti-henti mencetus kontroversi ‘panas’ sejak kebelakangan ini.

Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya bernama Kasih Iris Leona itu, pelakon terbabit memuat naik status di Facebook meluahkan rasa risau.

Status azhar sulaiman

Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.

Status azhar sulaiman

Bahkan, dalam ruangan komen, Azhar turut luah rasa bimbang jika anaknya itu sama seperti usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang tidak pernah henti cetus kontroversi hinggakan namanya selalu trending di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersimpati terhadap pelakon terbabit kerana perlu melayan karenah anaknya dan berharap agar Azhar kekal sabar hadapi ujian ini.

Sebelum ini, Leona sering dikecam ramai susulan pakaian yang menjolok mata serta tidak melambangkan agama Islam.