Anak tertinggal di stesen minyak, respon kasar ibu buat ramai bengang

Anak tertinggal di stesen minyak, respon kasar ibu buat ramai bengang

 

Sejak semalam, tular di laman Twitter mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa tertinggal di stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat meminjam telefon bimbit milik pekerja stesen minyak tersebut untuk membuat panggilan kepada ibunya.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila si ibu malah memarahi anakya dan meminta kanak-kanak itu untuk menunggu sehingga dijemput kembali.

Dah tunggu situ! Eh bertuah betul lah budak ni.

Susulan itu, perkongsian vido tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila melihat reaksi si ibu yang tidak menunjukkan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana si ibu langsung tidak menyedari kehadiran anaknya di dalam kereta sehinggalah dihubungi sendiri oleh kanak-kanak berkenaan.

Bukan itu sahaja, netizen turut menegur cara si ibu berkomunikasi dengan anaknya.