Anak tiri Najib bayar lebih RM140 juta beli kediaman di London melalui dana 1MDB

Anak tiri kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak membeli rumah bernilai lebih RM140 juta (USD34 juta) di tengah London pada 2012 dengan wang yang berasal daripada dana pelaburan negara Malaysia yang bermasalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Rumah empat tingkat bata merah itu, dibina sekitar tahun 1900, merupakan sebahagian daripada deretan yang terletak di bahagian belakang dari jalan raya dan dilindungi oleh pintu keselamatan, berdekatan dengan bangunan kedutaan Malaysia dengan hanya berjalan kaki di kawasan kejiranan eksklusif Belgravia di London.
Pemilik berdaftar rumah itu ialah Qentas Holdings Ltd., sebuah syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands.
Sumber – The Wall Street Journal