Anda tiada kad Touch n Go? Jangan risau! Ini senarai tol yang boleh guna kad debit

Anda tiada kad Touch n Go? Jangan risau! Ini senarai tol yang boleh guna kad debit

 

Putrajaya mengesahkan sistem pembayaran terbuka menggunakan kad debit bagi menggantikan Touch n Go (TNG) boleh digunakan menjelang September ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bermakna pengguna mempunyai pilihan pembayaran, selain TNG yang dilihat memonopoli industri tersebut.

Namun menurutnya, pembayaran kaedah menggunakan kad kredit dan debit akan bermula di lima buah tol lebuh raya.

Lima lebuh raya yang akan guna sistem tersebut iaitu Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Menurut Alexander, usaha ke arah sistem itu bukan perkara baharu dibincangkan kementeriannya, sebaliknya ia telah dilakukan lebih setahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pelaksanaan sistem itu merupakan inisiatif awal sebelum beralih ke Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang kini sedang diusahakan.

Alexander menambah, pelaksanaan penuh MLFF itu akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Sebelum ini, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan, satu perbincangan bersama tiga kementerian akan diadakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Ia membabitkan KKR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pengangkutan.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan khidmat monopoli TNG mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.