Aneh!!! Rupa-rupanya pemuda cina ini yang cipta ‘Assalamu’alaikum’

Aneh!!! Rupa-rupanya pemuda cina ini yang cipta ‘Assalamu’alaikum’

Lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Di sebalik kehangatan pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang melabuhkan tirai malam tadi, jangan dilupakan ‘orang kuat’ yang menghasilkan sesebuah lagu sehingga menjadi siulan pendengar.

Menerusi laman Twitter, nama komposer dan penerbit Ezra Kong kembali menjadi sebutan warganet yang menyifatkan lelaki berusia 33 tahun itu adalah pemenang sebenar dalam penghasilan karya muzik tempatan.

Seorang pengguna Twitter @FLjasmy berkongsi sebuah posting menyenaraikan lagu-lagu ciptaan Ezra yang merangkul gelaran finalis juara sejak AJL30 pada 2016.

Komposer berbakat, rendah diri

Jika diperhatikan, hampir setiap tahun karya ciptaannya berjaya menembusi ke pentas akhir bermula dengan lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir yang muncul naib juara AJL30.

Manakala lagu Jampi dan Haram, kedua-duanya nyanyian Hael Husaini pula dinobatkan juara pada AJL32 dan AJL33.

Bagi AJL34, dia meraih tempat ketiga dengan lagu Anta Permana yang disampaikan oleh Bob Yusof dan penampilan khas Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tahun ini siapa sangka, lagu ciptaannya berjudul Gila nyanyian Kaka Azraf, Noki dan Loca B sekali lagi mengungguli juara AJL35.

Rata-rata memuat naik ciapan meluahkan rasa kagum dengan hasil kreativiti pemuda berbangsa Cina itu yang tahu ‘selera’ peminat muzik tempatan terutama dalam kalangan pendengar Melayu.

Teruskan hasil muzik terbaik!

‘The real boss’

Pemenang sebenar malam tadi
Hahahaha his the winners tonight ezra Kong #AJL35 pic.twitter.com/G5HZGayVTO

— Eezra Ainnirda (@EEZRAAINNIRDA) March 14, 2021

Respek bakat dia!

Muzik genius ni

Terdahulu, AJL35 menyaksikan naib juara milik lagu Semalam nyanyian Aina Abdul manakala tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Sumber: Twitter

BARANGKALI ramai tidak mengenali nama komposer dan penerbit Ezra Kong namun jika disebut lagu-lagu seperti Pematah Hati nyanyian Nabila Razali, Police Entry (Elizabeth Tan), Assalamualaikum (Faizal Tahir) dan terbaharu Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ia bukan asing dalam kalangan penggemar muzik tempatan.

Pemuda berbangsa Cina ini sebenarnya adalah tulang belakang kepada penghasilan lagu-lagu tersebut termasuk tiga lagu hit bersama rakan baiknya yang juga penyanyi dan komposer, Hael Husaini iaitu Jampi, Haram dan Hajat.

Pertemuan bersama Ezra, 30, di studio rakamannya di Petaling Jaya bersama mStar Online, merungkai mengenai permulaannya sebagai komposer, bicara tentang Faizal Tahir dan Hael Husaini selain cintanya terhadap genre Pop Melayu.

Ezra banyak menghabiskan masa di studio yang dibina khas dalam rumahnya.

Fasih bertutur bahasa Melayu, Ezra ketika mendedahkan penglibatannya dalam bidang muzik tempatan berkata, sebenarnya ia berlaku secara tidak sengaja sekitar empat tahun lalu.

Cerita pemuda berasal dari Port Klang ini semuanya bermula apabila dua rakan komposernya, Mike Chan dan Audi Mok menawarkannya untuk menghasilkan lagu untuk Faizal Tahir pada 2014.

Hasilkan 18 demo untuk Faizal Tahir, Assalamualaikum pembuka jalan Ezra

Ezra yang sebelum itu bekerja dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen memberitahu pada awalnya dia tidak percaya dengan tawaran itu kerana Faizal Tahir ialah antara pemuzik dan penyanyi yang diminatinya selain Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Spider, Peter Pan, Ungu dan Ahmad Dhani.

Dek kerana teruja dengan peluang diberikan, Ezra menghasilkan sebanyak 18 buah demo lagu untuk dipilih Faizal namun hanya satu daripadanya diterima penyanyi itu.

“Dalam tidak percaya dapat berkolaborasi dengan Faizal untuk lagu terbaharunya ketika itu, saya sebenarnya tertekan juga kerana mahu lakukan yang terbaik sehinggakan saya buat 18 demo untuknya.

“Akhirnya dalam kesemua demo dihantar, Faizal memilih satu daripadanya maka terhasillah lagu berjudul Assalamualaikum dan ia menjadi lagu pertama ciptaan saya,” katanya.

Sejak itu, Ezra banyak berkolaborasi dengan Faizal Tahir, Mike Chan, Audi Mok serta Omar K seperti lagu Dirgahayu, Negaraku, Setia dan beberapa lagu lain.

Ezra memang meminati lagu berbahasa Melayu.

“Saya selamanya terhutang budi dengan mereka yang saya anggap sebagai tulang belakang kepada karier saya… Seperti Faizal saya sangat mengagumi pemikiran dan falsafahnya yang sentiasa kehadapan.

“Peluang bekerja dengannya dan rakan komposer lain adalah antara perkara terbaik pernah saya perolehi,” ujarnya.

Ezra pernah kerja kilang, tiada pendidikan formal muzik

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Ezra berkata, dia sebenarnya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik sebaliknya hanya berdasarkan minat terhadap penulisan dan gubahan lagu.

Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir adalah lagu pertama ciptaan Ezra.

Pemegang ijazah sarjana muda Psikologi, Universiti John Moores Liverpool ini menambah, dia berjinak-jinak menggubah lagu sejak berusia 14 tahun hanya berbekalkan sebuah gitar selain Youtube dan Google sebagai gurunya.

“Kalau tanya saya tentang aspek teknikal atau pun perkara formal berkaitan muzik memang saya tidak tahu sebaliknya kemahiran yang saya ada sekarang hasil daripada minat dan internet sebagai guru.

“Malah saya menyambung pengajian dalam bidang psikologi yang langsung tiada kena mengena dengan muzik dan selepas tamat pengajian saya pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di bahagian sumber manusia selama setahun.

“Tetapi sejak berusia 14 tahun saya tidak pernah berhenti mencintai muzik dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” jelasnya.

Bicara tentang Hael Husaini

Sementara itu, bercakap mengenai rakan baiknya, Hael Husaini, Ezra memberitahu dia serasi dengan penyanyi itu yang banyak mempengaruhi caranya menggubah lagu Melayu.

Imbau Ezra, dia pernah ditegur Hael kerana kekurangannya memahami muzik pop Melayu dengan baik dan ia membuka matanya untuk lebih peka dengan kehendak pendengar.

“Hael pernah beritahu saya tak faham melodi Melayu dan saya tidak boleh buat lagu untuk kepuasan diri semata-mata tetapi ia perlulah sedap didengar oleh pendengar.

“Dia banyak buka pemikiran saya untuk lebih terbuka dan jujurnya kami selesa bekerjasama… Kadang-kadang sedang lepak atau dalam kereta pun kami boleh dapat idea buat lagu,” ujarnya.

Beri Ucapan Salam & Tidak Bersalam Artis Wanita, Ramai Tertanya Ezra Kong Muslim ?

Tanggal 3 Februari 2019 menyaksikan pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL33) melabuhkan tirainya dengan satu lagi sejarah tercipta apabila lagu H4ram, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara.

Ketika orang ramai sedang rancak berbual mengenai kejayaan mereka, tidak dilupakan ‘tulang belakang’ yang turut menghasilkan lagu tersebut hingga menewaskan lagu-lagu finalis lain.

Pemuda berbangsa Cina iaitu Ezra Kong, nama yang tidak asing lagi apabila mula menceburi bidang muzik tempatan sekitar lima tahun lalu.

Beliau yang berusia 31 tahun sering mencipta lagu-lagu fenomena bersama Hael iaitu Jampi, H4ram dan Hajat.

Tetapi setelah diumumkan sebagai juara, ramai netizen yang terkejut apabila pemuda berasal dari Port Klang itu memberi salam ketika membuat ucapan penghargaan malam tadi.

Walaupun tiada informasi mengenai status agama beliau, rata-rata warga di laman sosial Twitter tidak menyangka beliau merupakan seorang ‘Muslim’.

Ada juga yang memuji sikap beliau kerana tidak bersalaman bukan mahram dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Sumber : Twitter , Mstar