Anggap A.Aida seperti kakak, Wak Doyok akui tak minat wanita lebih tua

Anggap A.Aida seperti kakak, Wak Doyok akui tak minat wanita lebih tua

Sebelum ini, usahawan dan juga ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok telah memuat naik gambar mesra bersama penerbit, Datuk A. Aida di laman Instagram sekaligus mengundang spekulasi orang ramai.

Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor menafikan ada hubungan istimewa dengan penerbit berusia 52 tahun itu.

Menurut ikon fesyen berusia 43 tahun itu, hubungannya dengan A Aida hanya sekadar kawan baik dan tidak lebih dari itu.

Kami sudah kenal lama lebih sepuluh tahun iaitu sejak 2012. Saya juga dah anggap dia seperti kakak dan hubungan kami dah macam adik-beradik.

 

Bukan itu sahaja, Wak Doyok turut menjelaskan mengenai kriteria pasangan hidup dan lebih memilih wanita yang lebih muda dari usianya.

Kalau wanita tu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena jaga dia. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang.

Dalam pada itu, pemilik perniagaan Sushiwak itu mengakui dia kini sudahpun memiliki teman wanita.

 

Teman wanita saya tu orang biasa saja, kami baru kenal beberapa bulan dan masih dalam proses mengenal hati budi lagi.

Namun, Wak Doyok berkata dia masih perlu mendapat restu ibunya terlebih dahulu mengenai hubungan mereka.