Anggap tak realistik, Cikgu Fadli tempelak manifesto pndidikan Perikatan Nasional
Dipetik daripada FB Cikgu Fadli Salleh
Tawaran yang bagus, namun pada saya tidak praktikal dan membazir.
Kebanyakan guru dah ada laptop sendiri. Dan di Malaysia ada lebih 400 ribu guru. Jika setiap guru diberi laptop berharga RM3K, kerajaan perlu belanja lebih RM1.2 bilion ringgit.
Tu kalau kira harga ikut pasaran. Biasanya harga tender 2-3 kali ganda lagi mahal. Mungkin perlu 3-4 bilion.
Satu kos yang amat-amat besar.
Dari bagi guru laptop, lebih baik bagi sekolah duit untuk sekolah baiki prasarana dan infra sekolah yang uzur.
Jumlah sekolah di Malaysia ialah 10,220 buah. Kalau setiap sekolah diberi peruntukan tambahan RM50K, baru RM500juta. Jimat lebih dari separuh daripada beri laptop kat guru.
Dan lebih penting, RM50K setiap sekolah itu pasti dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh warga sekolah.
Sekolah memang perlukan duit untuk tambah baik infa, baiki tandas, bumbung, beli smart tv letak kat kelas, lcd, buat pentas, teduhan dan sebagainya.
Better bagi kat sekolah lah. Bukan tak hargai tawaran best ni, tapi bila banding manfaat, jauh lebih besar manfaat bagi cash kat sekolah, biar sekolah tentukan sendiri nak buat apa dengan duit tu. Asal guna untuk kebaikan murid-murid dan guru saja.
Pada saya, tu lagi praktikal dan relevan.
#MFS
.