Anggota Malaysia harumkan nama negara, berjaya jumpai 5 mangsa gempa

Anggota Malaysia harumkan nama negara, berjaya jumpai 5 mangsa gempa

 

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya membantu Turkiye dengan penemuan lima lagi jasad mangsa nahas gempa bumi yang tertimbus di bawah bangunan.

SMART menerusi Facebooknya berkata, penemuan pertama adalah hasil kerjasama pasukan MAS-10 dengan pasukan penyelamat tempatan di sana.

Kira-kira jam 12.50 tengah hari waktu tempatan di Turkiye, pasukan MAS-10 berjaya menemui dan mengeluarkan tiga mangsa di bawah runtuhan bangunan dengan menggunakan peralatan memecah dan memotong serta bantuan excavator.

10 minit kemudian pada jam 1300 waktu di negara itu, pasukan MAS-01 pula berjaya menemui dan mengeluarkan 2 mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Bagaimanapun kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Sekitar jam 12:50 waktu tempatan (Turkiye), Pasukan MAS-10 dengan kerjasama local responder berjaya menemui dan mengeluarkan 3 mangsa di bawah runtuhan bangunan dengan menggunakan peralatan memecah dan memotong serta bantuan excavator.
“Sekitar jam 1300 waktu tempatan (Turkiye), Pasukan MAS-01 dengan kerjasama penyelamat tempatan berjaya menemui dan mengeluarkan 2 mangsa.

“Kesemua mangsa telah meninggal dunia. Salam Takziah,” ucap laman Facebook SMART malam tadi.