Angkara ‘whatsapp’, kebahagiaan rumah tangga warga emas yang terbina selama hampir 40 tahun ini hancur sekelip mata

Angkara ‘whatsapp’, kebahagiaan rumah tangga warga emas yang terbina selama hampir 40 tahun ini hancur sekelip mata

Meskipun sudah melayari rumah tangga selama 36 tahun, namun kehadiran ‘orang ketiga’ menjadi punca penceraian kepada pasangan ini.

Memetik Sinar, perkara ini berlaku kepada Salmiah (bukan nama sebenar), 60, apabila impian kebahagiaan berkekalan bersama bekas suaminya, Roslan (bukan nama sebenar), 65, akhirnya musnah dua tahun lalu gara-gara kemunculan wanita lain.

Salmiah berkata, kehadiran wanita yang juga bekas rakan sekolah kepada bekas suami ‘meragut’ kepercayaannya sebaik hubungan mereka diketahui menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sepanjang kehidupan saya bersama bekas suami, dia (Roslan) tidak pernah khianati saya, tetapi sejak anak sudah membesar, perangainya berubah secara drastik.

“Saya kecewa apabila mengetahui bekas suami menjalin cinta dengan wanita itu selepas saya membaca perbualan WhatsApp mereka berdua,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurut Salmiah, meskipun berpura-pura tidak mengetahui perhubungan bekas suami dan wanita berstatus janda itu, namun dia masih bersabar dan lebih banyak mendiamkan diri.

Bagaimanapun, katanya, kesabarannya selama tempoh itu tergugat apabila bekas suami mula berubah sikap dan panas baran.