Annuar Musa dedah SUA Umno minta persetujuan MP BN gesa sidang parlimen khas

Annuar Musa dedah SUA Umno minta persetujuan MP BN gesa sidang parlimen khas

Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi darurat.

Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang mahukan Ahmad merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli Parlimen Umno menyatakan persetujuan.

“SUA Umno menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan.

“Elok SUA Umno itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang,” ciap Annuar di Twitternya, pagi ini.

Annuar turut memuat naik surat maklum balasnya kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Dalam surat itu, Annuar, yang juga bekas setiausaha agung BN, menyifatkan langkah itu sebagai “usaha jelas” untuk bersekongkol dengan pembangkang dan “menghina keputusan parti” serta “menderhaka kepada Agong”. – MK

COMMENTS