‘Anu’ diramas peminat, vokalis band terkenal tahan sakit sampai terduduk

‘Anu’ diramas peminat, vokalis band terkenal tahan sakit sampai terduduk

 

Bekas vokalis band Yovie & NunoPradikta Wicaksono atau biasa disapa Dikta sememangnya kerap menjadi sorotan ramai memandangkan penampilannya yang kacak dan persis ‘Oppa Korea’.

Dikerumuni ramai peminat

Dia yang kini bergerak secara solo masih giat aktif dalam seni suara dan kerap membuat persembahan untuk peminatnya.

Namun, menerusi video yang tular di media sosial tempatan, Dikta dilihat sedang menahan kesakitan apabila alat sulitnya diramas peminat sewaktu dikeremuni ketika membuat persembahan di Anjungan Sarinah, Jakarta Barat.

@luv.cal

♬ Dia Milikku – Yovie & Nuno

Nak belajar kungfu terus

Memetik laporan dari media tempatan, Suara.com, Dikta dilihat tetap tersenyum walaupun sempat berhenti seketika ketika berjalan sehingga terduduk kerana menahan sakit.

Menerusi Instagramnya, Dikta telah berkongsi video teknik kungfu bagi mempertahankan diri terutamanya di untuk alat sulitnya agar tidak lagi diserang secara seksual seperti kejadian tempoh hari.

Untuk rekod, nama Dikta mulai menjadi perhatian apabila penampilannya yang cukup kacak walaupun mencecah usia 37 tahun. Dia yang memulakan karier nyanyiannya bersama band Yovie & Nuno telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada 2022.

Dia yang terkenal sebagai vokalis turut berkecimpung dalam dunia lakonan dan digilai ramai wanita. Mana tidaknya, penampilan ‘macho’ dan aktif bersukan menjadi nilai tambah untuk vokalis tersebut terus diminati.