Anwar dedah Muhyiddin guna RM38 juta baikpulih kediaman rasmi PM yang memang masih cantik

Anwar dedah Muhyiddin guna RM38 juta baikpulih kediaman rasmi PM yang memang masih cantik

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri telah memberikan keutamaan kepada perkara yang salah.

Perdana Menteri berkata, antara tindakan yang diambil oleh Muhyiddin adalah membaiki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, walaupun kediaman rasmi Perdana Menteri itu didakwa masih dalam keadaan cantik.

Susulan proses tersebut, Anwar berkata, dianggarkan RM38 juta dibelanjakan, yang sepatutnya peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Seri Perdana ini memang macam istana. Tahu tak berapa dia (kos) perbaiki? RM38 juta… Sekarang diam, di mana ustaz-ustaz Pas?

“Cuba beritahu saya, antara orang tak cukup makan, orang tak ada kerja, Orang Kurang Upaya (OKU), orang miskin, kamu pilih RM38 juta untuk buat rumah. Allahu Akbar apa jenis manusia? Bercakap bukan main,” katanya ketika berucap semasa program Ceramah Arus Merah Kuning di Subang Bestari pada Sabtu malam.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, beliau bersedia membawa anak-anak muda untuk melihat sendiri keadaan Kompleks Seri Perdana itu, jika ada yang masih tidak faham.

“Kamu (anak muda) kerja pun tidak. Orang bagi RM1, kerja kamu maki orang, buat apa? Kerja pun tak ada.

“RM38 juta baiki rumah Perdana Menteri yang memang dah cantik. Tukar karpet… RM80,000. Tukar lukisan… lukisan cantik-cantik, tukar lagi. Syarikat, tahu lah anak pinak pun campur…