Anwar jemput media ke satu pengumuman penting

Anwar jemput media ke satu pengumuman penting

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini untuk membuat satu “pengumuman penting”.

Sumber parti itu ketika dihubungi, bagaimanapun mengunci mulut mengenai perkara itu.

“Ia sesuatu yang penting,” kata satu sumber.

Sejak semalam terdapat spekulasi mengatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan majoriti anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Sumber : Malaysiakini