Anwar mulakan langkah tinggalkan PH?
Semalam 3 lagi Adun Amanah isyitihar keluar parti menyertai PKR, parti rakannya sendiri salam gabungan PH. Menyertai mereka bertiga sebelum ini Adun Meru, Fakhrulrazi Mokhtar dan Adun Sabak Ahmad Mustain menjadikan 5 orang Adun Amanah telah diterima menjadi ahli Pkr.
Dalam kenyataan ringkas, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub jelas menyatakan rasa kekecewaannya terhadap kesediaan PKR menerima Adun Amanah itu. Menurutnya lagi, prinsip untuk tidak menerima mana-mana Adun ataupun MP menyertai mana-mana parti rakan komponen sudah dipersetujui sewaktu membentuk Pakatan Rakyat lama dahulu, sehinggalah ke dalam Pakatan Harapan sekarang ini.
Manakala ada yang berpendapat, ianya adalah satu signal Anwar kepada rakan komponennya agar menurut sahaja ‘plan’ yang telah dibuatnya selama mengetuai PH ini. Ini berikutan usaha Amanah yang cuba mewujudkan satu gagasan besar selepas Pakatan Harapan, disebut Grand Coalition dalam usaha menaikkan semula Tun M, seteru Anwar.
Ini juga menjadi sebab beberapa pemimpin Amanah yang lainnya menarik brek termasuk ada yang meletakkan jawatan. Husam dan Mazlan Aliman, 2 nama besar Amanah juga enggan menyokonng langkah Amanah terus kekal.menghimpit Tun M, seterusnya mahu parti itu terus fokus dengan PH.
Dalam kalangan pemimpin PKR sendiri, rata-rata menerima dengan hati terbuka Adun Amanah yang melompat masuk bersama-sama menyertai mereka. Bagi mereka, Amanah perlu diajar kerana masih cuba membawa Tun M, seteru bos mereka. Malah pemimpin PKR sendiri seolah-olah sudah lama memikirkan rakan gabungan baharu bagi membentuk sebuah gabungan menghadapi pru-15 akan datang, memandangkan kekuatan yang ada pada Amanah tidak mampu untuk mempengaruhi undi rakyat terbanyak nanti.
Maka, kita bakal melihat dalam masa terdekat, pengumuman penting dari Anwar samada akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan kekal pembangkang berdepan dengan musuhnya ataupun bakal membuat satu kejutan mengisytiharkan partinya keluar dari gabungan itu demi menjayakan hasratnya menjadi PM menjadi kenyataan.