“Apa masalah kau dengan anak aku?” – Che Ta naik berang dengan Azwan Ali gara-gara ‘sundalkan’ Aaisyah

“Apa masalah kau dengan anak aku?” – Che Ta naik berang dengan Azwan Ali gara-gara ‘sundalkan’ Aaisyah

 

Usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta naik berang apabila seorang artis bermulut lancang didakwa menyentuh perihal dia dan anaknya.

Artis kontroversi itu didakwa memuat naik hantaran ‘anak kecik sebijik sundal’ – dipercayai dituju kepada anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana.

“Saya tak kisah dia maki saya nak jadi penyundal atau apa. Tapi, apa masalah kau dengan anak aku? Sembilan bulan 10 hari aku mengandung anak aku,” kata Che Ta.

Che ta berkata, Azwan juga tidak memahami bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak dimaki orang lain kerana tiada pengalaman sebagai ibu bapa.

“Jentik pun tak pernah, marah pun tak pernah. Kenapa kau nak maki anak aku seperti itu? Kau pondan takde anak. Bukan bapa, bukan mak. Sedap-sedap nak cakap anak aku macam tu.

“Dia belum buku bertemu dengan ruas lagi. Hari itu, aku baik, sebab Zain cakap, ‘Sayang, I tak suka you gaduh’. Okay. Saya terima,” tambahnya lagi.

Menurut Che Ta, dia juga sebelum ini sudah menarik balik laporan kes antara kedua-dua mereka dan diminta oleh Azwan supaya tidak menghebahkan mengenainya.

“Masalah sebelum ini pun dia minta saya berjanji. Dia minta tarik balik kes itu dan minta saya supaya tak beritahu sesiapa. Saya tak ada beritahu sesiapa pun kan? Saya senyap saja.

“Bila wartawan tanya, saya cakap tak apa, kami dah selesai. Tapi, apa masalah kau, tiba-tiba? Polis telefon saya dan beritahu, ‘Che Ta, dia nak tarik balik kes. Kalau Che Ta nak, Che Ta boleh datang’. Saya pergi, tarik balik kes.

“Sebabnya, polis nak ambil telefon dia. Jadi, bila tarik balik kes, telefon dia tak kena rampas dan disiasat. Jadi, saya tarik balik kes dan tak bercakap dengan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, Azwan pernah memuat naik kenyataan negatif terhadap seorang aktres yang difahamkan sebagai Che Ta dengan menuduh dirinya disihir oleh pelakon tersebut.