“Apa yang berlaku buat saya kenal rakan yang suka tikam belakang” – Datuk Hattan
Walaupun dikecam hebat ketika ini, penyanyi Datuk Hattan tetap memilih untuk berdiam diri dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Itulah apa yang disampaikan Hattan ketika dihubungi pihak Kosmo Online.
Saya taknak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah. Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.
Hattan turut mengakui apa yang berlaku ini membuatkannya sedar siapa rakan sebenar dan siapa rakan yang suka tikam belakang.
Datuk Hattan bersyukur kerjaya seni masih berjalan seperti biasa…
Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa. Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. Show macam ada walaupun isu yang berlaku.
Dalam pada itu, Hattan mahu menunggu isu ini reda dahulu sebelum dia keluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu. Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai.
Apapun, kita doakan agar Datuk Hattan terus bersemangat dan jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran juga untuk kita semua.