Apakah pendedahan terbaru Ziana Zain sebagai ‘hint’ bakal disunting oleh bekas ‘skandal’nya?

Apakah pendedahan terbaru Ziana Zain sebagai ‘hint’ bakal disunting oleh bekas ‘skandal’nya?

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan yang mengaitkan dirinya mempunyai skandal dengan seorang artis beberapa tahun yang lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa, beliau berkata, tuduhan tersebut akhirnya terjawab apabila pelakon dan penyanyi tempatan, Ziana Zain membuka mulut mengenai gosip berkenaan.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-Pakatan Harapan (PH) pernah kaitkan saya dengan dia. Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu?

“Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet.

“Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.

Menurut laporan Astro Awani pada Isnin, pelakon dalam filem Sembilu dan Maria Mariana itu membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990-an.

Selain itu, Najib turut memuat naik artikel portal berita pro pembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan. – SH