Arah main isu kaum dan agama formula PN rampas Selangor, reaksi spontan KJ dan Shahril Hamdan terhadap idea Ketua Armada Bersatu ini sangat mengejutkan

Arah main isu kaum dan agama formula PN rampas Selangor, reaksi spontan KJ dan Shahril Hamdan terhadap idea Ketua Armada Bersatu ini sangat mengejutkan

Pengguna media sosial negara baru-baru ini dikejutkan dengan satu klip video yang tular mengenai isi perbincangan santai melibagkan tiga ahli politik muda tanahair.

Sumber – FB Wan Ahmad Fayhsal

Rancangan podcast Keluar Sekejap (KS) dihoskan 2 ‘pelarian’ UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan  yang bersiaran menggunakan platform Youtube itu telah menjemput Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal.

Lebih popular dengan gelaran Mat Jargon, Fayhsal diberi peluang oleh KJ berkongsikan formula kemenangannya di kerusi Parlimen Machang menggunakan logo Pas pada PRU-15 lepas.

Dalam jawapannya, Fayhsal menyebut semula beberapa perkara hang telah dilakukannya berdepan kempen PRU-15ketika itu, termasuklah ‘recall’ kembali hafazannya terhadap surah-surah Al-Quran dan hadis-hadis yang sering digunakan ahli Pas sewaktu di kampus universiti dahulu.

Saya perlu tunjuk kepada pengundi Machang, saya lebih Pas daripada ahli Pas – Wan Ahmad Fayhsal

.
Ketika ditanya lanjut apa pula formula PN dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) di 6 negeri sedikit masa lagi, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerajaan PN sebelum ini dengan yakin menjawab hanya mainkan sentimen kebencian terhadap Dap.

“…dan jangan kita lupa siapa menteri KPKT ketika ini, DAP… dan Dap memegang semua portfolio perumahan tempatan di semua negeri yang mereka menang…”

Namun KJ pantas menolak pandangan Fayshal itu sambil menyatakan momokan terhadap DAP bersifat tidak adil.

Ianya turut disokong Shahril yang membangkitkan persoalan kenapa dia berminat memainkan momokan tersebut.

Dalam jawapan bersahaja, Fayhsal menjawab ianya adalah realiti yang dialami pengundi kaum Melayu. Malah kebimbangan terhadap sentimen tersebut masih kekal di kalangan mereka sehingga kini.

.
Kelicikan KJ memerangkap Fayhsal akhirnya membuahkan hasil sewaktu bertanyakan perancangan sekiranya PN berjaya menang di Selangor PRN nanti berjaya menyebabkan Fayhsal kelu lidah.

Malah secara jujur dia juga mengaku PN masih belum mempunyai perancangan ke arah menjadi kebuah kerajaaan di Selangor memandangkan PN masih gagal memikirkan sebuah manifesto khusus untuk PRN Selangor.

Sumber – FB Wan Ahmad Fayhsal