Arah pulangkan tiga kanak-kanak kepada ibu kandung, netizen soal MAZA tidakkah Islam terancam kini?

Arah pulangkan tiga kanak-kanak kepada ibu kandung, netizen soal MAZA tidakkah Islam terancam kini?

Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus ibu tunggal Loh Siew Hong untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan adalah untuk mempertahankan keislaman tiga kanak-kanak terbabit.

“Kita tidak terperanjat dengan keputusan hak penjagaan itu,” katanya.

Asri berkata, beliau kini sedang melihat langkah lain dari sudut undang-undang bagi mempertahankan keislaman anak Loh jika mereka ingin terus menganut Islam.

“Apa yang kita sedang pertahankan ialah keislaman anak-anak itu jika mereka ingin terus menganut Islam. Kita sedang melihat langkah-langkah lain di sudut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Loh selepas mendengar hujahan daripada peguamnya dan peguam yang mewakili ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah.

Menurut Mohd Asri lagi, pada 14 Feb lalu, pihaknya telah membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Kangar untuk diserahkan kepada Loh bagaimanapun proses penyerahan tidak dapat dilakukan kerana anak-anak itu enggan mengikut ibunya.

Terdahulu, beliau mengesahkan jabatan agama negeri itu mendaftarkan tiga kanak-kanak bawah umur itu sebagai Islam tanpa kehadiran Loh.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan dan mengesahkan bahawa penukaran agama kanak-kanak bawah umur perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Sementara itu, pengguna media sosial mula memenuhi ruangan komrn terhadap laporan berita tersebut.

Dalam nada sinis, mereka bertanya tidakkah Islam semakin terancam sekarang, alasan yang digunakannya sewaktu menyokong pihak menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini.