Arahan pemakaian pelitup muka ditarik mulai minggu depan

Arahan pemakaian pelitup muka ditarik mulai minggu depan

BERMULA minggu hadapan, Sepanyol menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di luar rumah, sekali gus menyaksikan negara itu bakal melonggarkan beberapa lagi sekatan mengikut keadaan semasa.

Mwnurut berita yang dikongsikan Astro Awani, kabinet negara itu dilaporkan akan meluluskan untuk menamatkan arahan penggunaan pelitup muka pada mesyuarat mingguannya dan dijangka melaksanakannya dua hari kemudian.

Sebelum ini, penggunaan pelitup muka diwajibkan semula pada akhir Disember 2021 susulan penularan varian Omicron.
Menurut Menteri Kesihatan negara itu, arahan Disember lalu hanyalah bersifat sementara.

Sepanyol antara negara Eropah yang mula melonggarkan beberapa sekatan susulan pandemik COVID-19.

Terdahulu, langkah seumpamanya sudah dilaksanakan di Itali dan Perancis.
Sejak dua minggu lalu, kes harian di Sepanyol menunjukkan penurunan dengan 2,421 kes bagi setiap 100,000 orang pada Khamis.

Walaupun kes harian menunjukkan penurunan, namun kes rawatan di hospital dan kematian mencatatkan kadar sederhana.

Ia susulan kadar vaksinasi negara itu yang memberangsangkan.