Arahan pendekkan percutian, menteri tunjuk besar kepala abai arahan Ismail
Selepas beberapa menteri menghilangkan diri untuk bercuti bersama ahli keluarga di luar negara baru-baru ini, Ismail terpaksa bertegas memanggil mereka pulang segera bersama-sama rakyat berdepan bencana banjir ketika ini.
Dilaporkan antara 6 hingga 7 orang menteri/timbalan menteri kabinet Ismail ketika ini berada di luar negara bercuti.
Namun sehingga kini dimaklumkan masih tiada dari kalangan anggota kabinet tersebut menyahut arahan yamg dikeluarkan PM ke-9 itu.
Dalam kenyataan lain, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata semua menteri kabinet yang pulang dari luar negara perlu mengikut prosedur kuarantin biasa.
Khairy memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa prosedur itu masih terpakai kepada menteri walaupun mereka dipanggil pulang oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membantu negara dalam menghadapi situasi banjir, seperti dilapor portal akhbar Malaysiakini.
“Walau dipanggil pulang, namun demikian sangat penting kita berwaspada dan hati-hati.
“Jadi, perkara (prosedur) itu masih terpakai (kepada menteri),” kata Khairy.
Khairy menjawab soalan wartawan sama ada menteri kabinet yang pulang dari luar negara masih akan dikenakan perintah kuarantin atau tidak.
Ismail semalam membatalkan cuti akhir tahun menteri dan memanggil mereka yang sedang bercuti termasuk mereka di luar negara untuk kembali bekerja sehingga situasi banjir selesai.
Sementara itu, mengenai isu lain, Khairy berkata KKM sedang menyiasat mengapa Ahli Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus melanggar perintah kuarantinnya selepas pulang dari luar negara pada Rabu (22 Dis).
Ini berlaku selepas naib presiden Amanah itu memuat naik gambarnya menjalankan kerja berkaitan banjir di kawasannya pada hari sama ketibaannya, selepas menghadiri mesyuarat di Istanbul, Turki dan melawat beberapa negara lain termasuk Pakistan dan Iran.
Menurut Khairy, Hasanuddin pada mulanya diberi pengecualian kuarantin untuk perjalanannya ke Istanbul untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam, di bawah protokol ujian dan pelepasan Malaysia untuk perjalanan rasmi.
“Pengecualian itu diluluskan kerana protokol ujian dan pelepasan yang kita ada untuk perjalanan rasmi. Tetapi apabila dia tiba (di Malaysia) pada 22 Dis, pengecualian awal telah ditolak kerana dia diminta melakukan kuarantin di rumah.
“Dan itu adalah maklum balas terakhir kami dengannya.
“Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) pada 20 Dis telah mengeluarkan e-mel kepada Hasanuddin mengatakan kami telah meluluskan perintah pengawasan rumahnya. Ini adalah selepas pengecualian (kuarantin) OIC.
“Kami kini menyiasat kes itu, melihat ke mana dia pergi,” katanya.