Artis separuh abad berstatus janda tular tayang ketiak putih melepak, warganet tanya apa rahsianya?

Artis separuh abad berstatus janda tular tayang ketiak putih melepak, warganet tanya apa rahsianya?

Masalah ketiak berkerak hitam seringkali menjadi punca wanita hilang keyakinan diri untuk memakai pakaian yang mendedahkan kawasan tersebut.

Hanya yang benar-benar berani sahaja sanggup menayang ketiak kepada umum, tambahan sekiranya pelaku seorang yang telah berusia.

Terbaru isu ketiak ini mula hangat diperdebatkan di kalangan warganet susulan perkongsian foto oleh seorang pelakon cantik berumur berstatus janda, Yasmin Hani.

Aksinya memakai singlet hijau mempromosikan sebuah produk di laman Instagram miliknya baru-baru ini mencuri tumpuan warganet selepas terpegun dengan kecantikan dimiliknya kekal seperti di awal pembabitannya di dalam dunia seni dahulu.

Namun, lebih yang menjadi perhatian adalah bahagian ketiak pelakon itu sehingga ada netizen yang mengatakan ketiakna lebih cerah daripada masa depannya. Sementara itu, ada netizen mengatakan bahawa semakin berusia wanita itu semakin cantik wanita tersebut.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.

Meninjau ke laman Instagramnya,aksi demikian bukanlah pertama kali dikongsikannya kepada umum. Bolehlah dianggap ianya merupakan signature artis bernama Yasmin Hani ini.

Malah Yasmin jugaa pernah ditegur warganet sebelum ini gara-gara berpakaian singlet putih yang jarang, hingga menampakkan warna bra yang dipakainya.

Ketika ini. Yasmin dilaporkan sedang hangat berpacaran dengan pelakon muda tampan, Alif Hadi. Hanya yang berketiak putih sahaja mampu menawan pelakon muda seperti Alif, usik warganet.