Artis wanita popular dilapor putus tunang angkara ‘penyondol’

Artis wanita popular dilapor putus tunang angkara ‘penyondol’

Isu membabitkan keruntuhan hubungan pasangan samada yang telah berkahwin ataupun baru memasuki fasa pertunangan angkara kehadiran orang ketiga dianggap topik hangat dibincang di laman media sosial kebelakangan ini.

Jika dahulunya kisah ‘penyondol’ ini hanya sekadar sembang di kalangan makcik-makcik sahaja, namun kini ianya telah diambil alih oleh kalangan wargamaya, selari dengan perkembangan arus digital sekarang ini.

Malah, wargamaya juga telah berjaya mencipta gelaran khusus terhadap pihak ketiga ini dengan gelaran ‘penyondol’, bagi menggambarkan sikap terdesak individu tersebut dalam menjalinkan hubungan dengan pilihan mereka.

Baru-baru ini, negara dikongsikan dengan keruntuhan rumah tangga pelakon lelaki Hafidz Roshdi gara-gara gangguan ‘penyondol’ ini.

Terkini, portal Mstar melaporkan penyanyi rock wanita terkenal dunia, Avril Lavigne juga turut dilaporkan sudah tidak lagi menjalinkan hubungan cinta bersama pasangannya.

Menurut TMZ, perpisahan penyanyi tersebut dengan pasangannya beberapa hari lalu turut dikaitkan angkara ‘penyondol’.

“Mereka dikatakan masih bersama tetapi sejak tiga hari lalu mereka dilihat sudah tidak bersama ketika di konsert jelajah Mod Sun,” kata sumber enggan dikenali.

Malah, nama Tyga yang merupakan bekas kekasih Kylie Jenner menjadi sebutan kerana dipercayai menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan itu.

Bukan itu sahaja, Avril dan juga Tyga dikatakan sering meluangkan masa bersama sejak akhir-akhir ini.

Malah beberapa gambar mesra Avril dan Tyga bercuti Nobu, di Malibu sedang berpelukan juga tersebar di media sosial.

Untuk info, Avril dan Mod telah mengikat tali pertunangan di Paris pada Mac 2022 selepas lebih setahun berkenalan.

Khabar gembira itu telah dikongsikan menerusi media sosial masing-masing.