Artis wanita terkenal dengan penampilan seksi ini diundi miliki bau mulut terbusuk
‘Cantik tidak semestinya membahagiakan’. Perumpamaan ini akhirnya terbukti benar seperti berlaku terhadap seoarang artis wanita terkenal yang cantik dan seksi ini.
Bintang pop terkenal dunia, Britney Spears disenaraikan sebagai antara selebriti Hollywood yang memiliki bau mulut paling busuk.
Perkara tersebut didedahkan portal hiburan, PopCrush.
Dalam laporan portal berkenaan, penyanyi berusia 41 tahun itu dikatakan mempunyai masalah nafas berbau kerana mengamalkan diet tidak sihat.
“Spears mempunyai masalah bau mulut kerana menjalani diet ekstrem untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna di hadapan kamera.
“Dia memiliki bentuk tubuh menawan, namun orang di sekelilingnya sering mengeluh kerana mulutnya berbau,” kata laporan tersebut.
Sumber terdekat pelantun lagu Toxic itu memberitahu, mulut Spears akan kembali berbau walaupun selepas 10 minit selepas selesai memberus gigi.