Aset Sajat akan mula dilelong pagi esok

Aset Sajat akan mula dilelong pagi esok

Isu melibatkan pemunya nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali dengan nama popularnya Sajat memang sentiasa mendapat perhatian media.

Meskipun telah pun berjaya melarikan diri ke Australia, namun ianya tudak sedikitlun meredakan sensasi yang telah dicetuskannya selama menetap di negara inu.

Menurut laporan MStar, selepas dua minggu disita, aset milik usahawan kontroversi ini bakal dilelong pada pagi Selasa.

Lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili OWA Resources, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Sajat yang beralamat di No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pada 14 Disember lalu.

“Maka mahkamah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok.

“Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang esok,” kata Nurul Hafidzah dan Zeti daripada firma guaman NHA Advocates & Solicitors menerusi kenyataan kepada mStar pada Isnin.

Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini dibersihkan.
NURUL HAFIDZAH HASSAN
PEGUAM
Tambah peguam, proses lelongan itu merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

“Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Mereka lega kerana pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Muhammad Sajjad kini diketahui semua dan ia hanyalah satu helah melalui kaedah memanipulasikan fakta.

“Kedua-dua plaintif juga berkata yang mereka tidak pernah memfitnah Muhammad Sajjad malah merekalah yang difitnah,” katanya.