Asmuni bawa 140 kanak-kanak ‘shopping’ baju raya menjelang Aidilfitri

Asmuni bawa 140 kanak-kanak ‘shopping’ baju raya menjelang Aidilfitri

 

Memiliki pakaian Hari Raya Aidilfitri merupakan Impian kanak-kanak setiap kali sambutan Aidilfitri terutama anak-anak dari golongan yang kurang berkemampuan.

Justeru pada hari ini Pusat Komuniti Dun Manjoi meraikan anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli sepersalinan pakaian Hari Raya di Mydin Meru Raya.

May be an image of 4 people, table and crowd

Alhamdulillah seramai 140 anak-anak yang dipilih dari seluruh dun Manjoi dapat memiliki sepersalinan pakaian Raya untuk dipakai ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

May be an image of 4 people, dais and text

Turut hadir pada pagi ini ialah Ketua Amanah Kawasan Tanbun Dato Asmuni Awi, Timbalan ketua Amanah Kawasan Tambun Dr Fakhruldin Mohd Hashim, Naib Ketua Amanah Kawasan Tambun Fitri Asmuni dan barisan Ajk Amanah Kawasan Tambun.

Asmuni mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbangkan dana untuk program ini dan tidak lupa juga kepada para petugas, ARiF dan AJK Amanah Kawasan Tambun yang membantu melancarkan program pada pagi ini.

May be an image of 7 people and text that says '1 Amanah VAN PERAK'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Mydin Meru Raya yang telah memberikan semua kelengkapan yang diperlukan bagi menjayakan program pada hari ini.

May be an image of 6 people and text