Asyraf Wajdi dedah pembabitan Zafrul libatkan Genting HK

Asyraf Wajdi dedah pembabitan Zafrul libatkan Genting HK

Panjang lebar penjelasan Menteri Kewangan Tengku Zafrul perihal pinjaman sindiket (syndicated loan) kepada Genting HK oleh 3 bank Malaysia – iaitu Maybank, CIMB dan RHB.

Memang selayaknya dijelaskan oleh beliau kerana kebetulan Tengku Zafrul juga adalah CEO Maybank Investment Bank pada masa itu yang juga merupakan penggerak utama (lead arranger) bagi pinjaman sindiket yang melibatkan 3 bank besar yang mana KWSP, Khazanah Nasional dan PNB adalah pemegang saham utama bank-bank ini.

Justeru jika tahun 2012, Tengku Zafrul boleh sebegitu berani mengepalai pinjaman tanpa cagaran yang berisiko, apa salahnya tahun 2022 ini luluskan juga tuntutan dan harapan rakyat yang amat terdesak untuk mengeluarkan RM10k wang simpanan KWSP mereka.

#PemudaJurubicaraRakyat
#Kwsp
#iCitra
#TuntutanRAKYAT

(Boleh baca penerangan beliau di https://www.facebook.com/100050687430295/posts/497902981909279/?d=n)