Atas pengaruh kawan, kini anak muda ketagih model Iphone terbaru

Atas pengaruh kawan, kini anak muda ketagih model Iphone terbaru

 

Dalam laporan terkini yang diterbitkan oleh Consumer Intelligence Research Partner (CIRP),  pengguna yang lebih muda tidak menunggu untuk menaik taraf kepada model terkini.

Walaupun kos dan hayat berguna iPhone yang agak lama, pemilik iPhone yang lebih muda didapati akan berpindah ke model terkini lebih cepat daripada pengguna yang lebih berusia.

Berdasarkan rajah di bawah, perbezaan antara pengguna termuda dan tertua adalah sangat ketara.

Pengguna iPhone yang lebih muda yang berusia lingkungan 18-24 tahun dan pertengahan umur 35-44 tahun adalah mereka yang memiliki iPhone yang berumur kurang daripada setahun.

Sekaligus ia menunjukkan minat yang kuat bagi golongan itu untuk menaik taraf kepada model iPhone terkini.

Berbeza dengan Pengguna iPhone yang lebih berusia iaitu  mereka yang dalam lingkungan umur 55-65 tahun ke atas), mereka lebih cenderung mempunyai iPhone terdahulu yang sudah berusia lebih daripada dua tahun.

CIRP menyimpulkan secara keseluruhan, kira-kira separuh daripada pengguna iPhone mempunyai iPhone yang berusia kurang daripada dua tahun, manakala kira-kira satu perempat pengguna pula mempunyai iPhone yang berusia lebih daripada tiga tahun.

Menurut CIRP, antara faktor yang menyebabkan keadaan ini adalah kerana pengguna iPhone yang lebih muda mungkin dipengaruhi oleh apa yang digunakan oleh rakan dan keluarga mereka atau apa yang mereka lihat di media sosial.

Sementara pengguna iPhone yang lebih tua mungkin bersikap acuh tak acuh atau tidak pun mempedulikan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap model iPhone yang digunakan mereka.