Atlet pecut wanita Somalia malukan negara catat masa terburuk larian 100m, rupanya terpilih sebab guna cable?
Tular di aplikasi TikTok hari ini video atlet wanita Somalia yang dilaporkan gagal bersaing dalam acara pecut 100 meter dalam kejohanan World University Games 2023 di Chengdu, China.
Bukan sahaja gagal bersaing, malah atlet bernama Nasra Ali Abukar ‘mencipta rekod’ terpaling perlahan menghabiskan acara pecutan 100 meter itu dengan catatan masa 21.81 saat.
Hal ini mengundang persoalan ramai, bagaimana atlet yang lemah sebegini boleh dipilih mewakili negara Somalia.
The Ministry of Youth and Sports should step down. It's disheartening to witness such an incompetent government. How could they select an untrained girl to represent Somalia in running? It's truly shocking and reflects poorly on our country internationally. pic.twitter.com/vMkBUA5JSL
— Elham Garaad ✍︎ (@EGaraad_) August 1, 2023
Menteri Belia dan Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud tampil memohon maaf secara terbuka atas insiden yang amat memalukan itu pada Rabu dan mengarahkan pengerusi persekutuan balapan dan padang kebangsaan digantung tugas serta-merta.
Tindakan itu diambil berikutan pelari pecut wanita yang tidak terlatih dipilih mewakili negara.
Jelas Mohamed Barre, kementeriannya tidak mengetahui bagaimana Nasra yang berusia 20 tahun boleh dipilih untuk beraksi dalam acara pecut 100 meter wanita di temasya berkenaan.
Kementeriannya juga mengeluarkan kenyataan mengarahkan Jawatankuasa Olimpik Somalia menggantung pengerusi persekutuan olahraga, Khadija Aden Dahir, di tengah-tengah dakwaan yang mengatakan bahawa Nasra adalah anak saudaranya dan diberi peluang unttuk bertanding di temasya itu.
Kesatuan Universiti Somalia juga menjelaskan pihaknya tiada menghantar mana-mana atlet ke China sebagai sebahagian daripada pasukan rasmi Somalia.