‘Awak penyanyi no.1, saya belakang awak’ – Siti Nurhaliza mengalah, akui Aliff Syukri penyanyi hebat

‘Awak penyanyi no.1, saya belakang awak’ – Siti Nurhaliza mengalah, akui Aliff Syukri penyanyi hebat

Belum lagi reda isu muzik video lagu raya dikecam, nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, 35, sekali lagi menyorot perhatian netizen. Namun kali mengaitkan nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti akui Aliff Syukri penyanyi no.1

Baru-baru ini, Siti menerusi perkongsian di laman Instagram ada memuat satu video yang dilihat sedang mempromosikan produk tudung jenama miliknya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan Aliff di ruangan balas perkongsian berkenaan.

Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis no satu ini?

Tertarik dengan komen tersebut, pelantun lagu Purnama Merindu itu dilihat sempat membalas dengan berseloroh mengakui Aliff sememangnya penyanyi nombor satu negara.

Mestilah kenal, awak penyanyi nombor satu, saya dekat belakang awak ya.

Netizen terhibur

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah pada ruangan balas tersebut terhibur dengan komen usahawan berkenaan.