“Awak telah timbulkan satu lagi masalah” – Mimi Lana tuju pada Syafiq Kyle ke?

“Awak telah timbulkan satu lagi masalah” – Mimi Lana tuju pada Syafiq Kyle ke?

 

Aktres popular, Mimi Lana meluahkan rasa kecewa kepada seseorang yang tidak diberitahu nama menerusi sebuah hantaran di aplikasi X semalam.

Memetik laporan Xtra, perkongsian berbunyi kesal itu seakan memberi petunjuk seolah-olah masalah menimpa dirinya kini menambahkan lagi beban yang ada dalam kehidupannya.

Pada masa sama, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu berkata, dia tidak pernah mengganggu hidup dan menyakiti hati mana-mana pihak.

“Saya tak pernah kacau hidup orang apatah lagi menyakiti hati orang. Terima kasih kerana awak telah menimbulkan satu lagi masalah di kala saya sedang menghadapi ujian yang sangat berat di dalam hidup ketika ini,” tulisnya.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga seolah-olah memberi amaran supaya tidak memandang remeh dengan dirinya yang banyak mendiamkan diri sebelum memadam ciapan tersebut.

Sebelum ini, Mimi bersama tunangnya aktor Syafiq Kyle dilaporkan membatalkan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menjelaskan bahawa pembatalan pada saat akhir itu terjadi disebabkan terikat dengan jadual penggambaran yang padat.