AWAN Teluk Intan : Abang Mat tanya kenapa sampai tumbuk perempuan

AWAN Teluk Intan : Abang Mat tanya kenapa sampai tumbuk perempuan

Isu kekecohan membabitkan anggota Angkatan Wanita (AWAN) Teluk Intan, Zulaiha Mohd Azam dikatakan telah sampai ke pengetahuan Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil Abang Mat di kalangan ahli Amanah.

Dalam satu hantaran yang diletakkan dalam halaman facebook AWAN Teluk Intan, Tuan Haji Mohamad Sabu dikatakan bertanya mengapa sehingga menumbuk perempuan meskipun berselisih pendapat.

“Abang Mat tanya kalau ya pun berselisih pendapat, sampai tumbuk perempuan tu pasai apa??” menurut hantaran yang diambil daripada halaman Wanita Muda Amanah Teluk Intan.

Dalam pada itu, Zulaiha yang juga merupakan Naib Ketua AWAN Teluk Intan dilaporkan telah membuat laporan polis berkait kes berkenaan dan siasatan polis sedang dijalankan.

Menurut laporan yang disiarkan, isu tersebut berpunca daripada penipuan dan pemalsuan dokumen dalam penubuhan cawangan yang didaftarkan oleh Zulaiha dan perkara tersebut sedang melalui proses terakhir dalam menyiasat dakwaan tersebut oleh Jawatankuasa Siasatan yang dilantik.

Namun, provokasi yang dibuat semasa prosiding sedang berlangsung mencetuskan kekecohan antara Zulaiha dan petugas yang berada di tempat kejadian.