Awas!!! Jangan guna akaun simpanan utk aktiviti perniagaan atau bakal berdepan pengalaman buruk seperti yang dialami peniaga ‘online’ ini

Awas!!! Jangan guna akaun simpanan utk aktiviti perniagaan atau bakal berdepan pengalaman buruk seperti yang dialami peniaga ‘online’ ini

Seorang pengguna media sosial hari ini tampil berkongsikan pengalaman mengerikan yang menimpa dirinya gara-gara menjalankan perniagaan menggunakan akaun simpanan.

Peniaga tersebut, Izzad Saad berkongsi kisah tersebut menerusi hantarannya di laman Facebooknya.

4/10/22 : 8.15am
“Hello, boleh bercakap dengan encik Izzad”

“Ye, saya bercakap”, jawab aku tenang sambil drive kereta nak masuk office. Dah siapa lah pulak call awal pagi ni. Nombor office dari KL pulak tu.

“Saya call dari Maybank. Saya nak bagitahu yang akaun encik akan ditutup 6hb ni ya. Jadi, kami minta encik kosongkan akaun encik sebelum tarikh tersebut”.

Tanpa sebarang penjelasan.
Tanpa diberi ruang untuk aku bertanya.
.
.
.
Otak aku tak boleh proses sangat waktu tu. Yelah pagi lagi kot. Ahh, scammer lah kot. Bentak hati kecil aku si bekas scammer.

4/10/22 : 10.00am
Waktu ni sel otak aku mula berhubung. Aku pikir balik pasal call pagi tadi. Masalahnya, aku ada 1 akaun bank je.

Macam mana kalau benda tu real? Kalau benda ni legit, aku tak ada akaun bank langsung lepas ni!

Duit gaji aku lepas ni nak bayar macam mana?
Aku nak bayar ptptn?
Aku nak bayar bil kat pejabat pos ke?
Aku nak beli barang online semua?
.
So aku ada 2 hari untuk setel benda ni sebelum diorang tutup akaun aku. Aku kena buka akaun bank baru sementara aku nak tahu kenapa punca.

2 hari aku pergi merata semua bank kat sungai petani ni. Application aku nak buka akaun simpanan semua reject!

Nak lagi best, diorang tak bagitahu pun punca kenapa aku tak boleh buka akaun. Yang aku perasan, waktu diorang cucuk je IC aku waktu nak buka akaun tu, muka diorang macam berubah waktu tengok screen monitor.

Ini musibat tuan puan. 😆

Aku call bank negara tanya soalan macam-macam. Lepas call bank negara baru aku dapat jawapan yang aku cari.

Benda ini memang boleh berlaku disebabkan beberapa situasi ;
1. Ada orang buat report nombor akaun kita ni scammer
2. Mule account = akaun korang dijadikan transit untuk pindahkan duit dengan amount yang banyak.

Aku punya kes ni jatuh nombor 2. Bank dapat detect transaksi aku banyak keluar masuk dengan amount yang besar. So, diorang decide untuk tutup akaun aku.

Bila kita kena kes macam ni, bank negara kata memang nama kita akan naik dalam sistem bank. Dan kita langsung tak boleh akaun kat mana-mana bank. Itulah yang terjadi kat aku…
.
.
.
Posting ni aku bukan nak salahkan bank atau mana-mana pihak. Cumanya aku nak share kat korang, supaya tak kena kes sama macam aku.

Jadi, posting ni aku tujukan untuk ;
✅ yang mana berniaga online.
✅ peniaga shopee.
✅ affiliate
✅ player fb ads. Lagi-lagi yang jenis kerja dengan company yang spent sebulan sampai ratus ribu dan kena guna kad bank personal.

Ni sedikit pesanan khidmat masyarakat untuk korang ;
– Jangan sesekali guna akaun simpanan untuk jualan.
– Akaun simpanan hanya untuk duit gaji masuk dan bayar komitmen bulanan.
– Daftar dan buka current account khas untuk duit iklan keluar masuk. Sekarang pun semua boleh daftar online.
.
.
.
Untuk kes aku, aku masih boleh buat rayuan dan buktikan yang duit masuk tu semua bukan duit scam dan bukan orang lain gunakan akaun aku. Tapi banyak kerja lah.

Sementara tunggu rayuan aku setel, merempat lah aku tanpa akaun bank.

Teringat kata member aku, “hg takda akaun bank ni ibarat hilang kerakyatan weh. Bangla pun ada akaun bank!” 😂

Doakan urusan aku dipermudahkan.
Selamat beramal.

Izzad Saad
– jutawan duit bawah bantal –