“Ayah baru je meninggal dunia, masa aku dgr berita kematian ayah, aku susah nak keluar air mata, jiwa kosong, menangis pun terpaksa, berdosakah aku sebagai anak utk tak bersedih atas kematian ayah?”

“Ayah baru je meninggal dunia, masa aku dgr berita kematian ayah, aku susah nak keluar air mata, jiwa kosong, menangis pun terpaksa, berdosakah aku sebagai anak utk tak bersedih atas kematian ayah?”

 

Emak sakit kena selalu jumpa doktor tapi ayah buat tak tahu je. Masa emak tak larat pergi bilik air, aku nampak ayah senyum sinis, gelakkan mak yang sedang sakit.

Ayah perli emak dan mengejek emak sudah tua, gigi sudah luruh dan nampak seperti nenek kebayan.

Assalamualaikum wbt. Perkenalkan nama aku Anita (bukan nama sebenar) berumur dalam lingkungan 40-an.

Sekarang ni, tengah panas mengenai cerita drama “Aku tanpa Cintamu” dan baru saja habis.

Sejujur nya, aku agak trauma untuk tengok cerita begitu kerana selama ini aku membesar dengan ayah yang lebih kurang berperangai begitu.

Bagi sesetengah orang, mungkin tak percaya ada orang yang sebegitu. Cuma Nuha ni bijak sikit sebab menuntut cerai sebelum terus hidup dalam penderaan fizikal dan mental.

Tapi aku ini, sebagai anak menjadi saksi ayah aku pukul emak sejak dari aku kecil lagi. Pada zahirnya, aku nampak seperti sayang pada ayah. Demi Allah, aku cuba sayangkan ayah tapi memori ayah selalu pukul emak, buat emak macam-macam ganggu emosi aku.

Ayah pula baru sahaja meninggal dunia. Masa aku dengar berita kematian ayah, aku susah nak keluar air mata. Jiwa aku kosong. Aku menangis pun kerana terpaksa. Berdosakah aku sebagai anak untuk tidak bersedih atas kematian ayah?

Setiap masa aku cuba lupakan perbuatan ayah tapi memori sentiasa bermain di minda aku. Itu pun salah satu sebab kenapa aku lewat kahwin sebab aku takut tersalah pilih dan jadi mangsa baran serta ego lelaki. Cerita bermula dengan satu pergaduhan besar antara emak dan ayah.

Masa tu, aku berumur 6 tahun. Emak lari ke rumah nenek dan bersembunyi. Bawa aku bersama adi-adik yang lain. Ayah datang rumah nenek dan menjerit di depan rumah nenek memanggil emak. Emak tak nak keluar tapi ayah masuk rumah nenek dan tarik rambut emak heret keluar rumah.

Bayangkan, peristiwa ni aku ingat sampai aku usia 40 tahun sebab semuanya berlaku depan mata aku. Bila aku dah besar dan remaja, aku tanya emak semula sebab ayah bergaduh besar dengan emak dulu. Emak cakap sebab ayah cemburu mak bekerja dan ada kawan lelaki yang bekerja di pejabat.

Buat pengetahuan semua, emak ni penampilan sangatlah sederhana. Tidak suka berbual dan hanya buat kerjanya sahaja. Kawan lelaki yang ayah katakan tu, kami semua kenal. Ayah memang seorang yang cemburu buta. Kesian mak.

Ada ketika, mak pergi kerja awal pagi sebelum subuh dah keluar rumah kejar bas. Ayah masih berdengkur tidur, dan tak ada hati nak hantarkan mak ke perhentian bas. Beberapa tahun kemudian, kami berpindah sebab mak dah tak sanggup kejar bas awal pagi dan pulang ke rumah lewat petang.

Alhamdulillah kehidupan kami agak teratur sejak mak pindah tempat kerja. Aku fikirkan selepas berpindah ke tempat baru, ayah akan berubah. Rupa-rupanya makin menjadi- jadi perangai ayah. Ayah curang pada emak dan berkawan dengan ramai perempuan pula.

Di luar ayah seorang yang sangat aktif bersukan dan disenangi ramai orang kerana sikapnya yang ceria. Ya, pada orang lain ayah seorang yang menyeronokkan tetapi pada aku, yang duduk serumah ni sangat berbeza. Pernah ada ketika, ayah bergaduh dengan emak, ayah baIing benda taajam pada emak. Hampir terkena pada emak.

Aku jadi tertekan sebab emak masih nak hidup bersama ayah yang secara terang d3ra emak. Semakin meningkat usia ayah, ayah dah jarang buat penderaan fizikal pada emak sebab dah kurang tenaga nak pukuI tapi ayah guna cara penderaan mental pula.

Emak ada penyakit yang perIukan temujanji setiap bulan. Ayah paling susah nak bagi kerjasama untuk hantarkan mak ke hospitaI. Waktu tu, aku bekerja jauh dari rumah dan kadangkala terpaksa ambil cuti untuk hantar mak temujanji ke hospital.

Permulaannya aku ok saja tapi lama kelamaan prestasi kerja jadi tak bagus sebab selalu cuti. Biasalah bekerja swasta, kpi kehadiran pun diambil kira dengan serius. Cuma pada aku, tak mengapa. Apalah salahnya berbakti pada emak sendiri.

Emak mungkin rasa rasa bersalah pada aku sebab selalu cuti dan mak pun kata ayah sengaja mengambil kesempatan atas aku supaya aku berhenti kerja dan jaga emak di rumah. Kata-kata mak memang betul dan aku jadi semakin tertekan kerana kesiankan mak tiada siapa mahu menghantarnya ke kIinik jika jatuh sakit.

Ayah? Menyakitkan hati saja. Pernah satu ketika, emak tidak larat ke bilik air kerana sakit kaki. Kudrat perempuan mana larat papah jauh. Ayah ketika itu ada je di rumah dan betu-betul ada berdekatan kami. Ayah hanya senyum sinis dan gelak kan mak yang sedang sakit.

Aku jadi geram dengan kelakuan ayah. Bila ayah makin berusia, m4kin menjad- jadi perangai curang ayah. Ada warganegara asing sentiasa menghubungi ayah. Pernah terkantoi dengan emak sebab emak baca mesej di telefon ayah dan ada beberapa kali emak angkat telefon, suara perempuan seberang.

Ayah ada pencen sebab tu ada saja yang nak menempel pada ayah. Pernah sekali aku mesej perempuan tu dan bagi amaran untuk buat laporan polis atas gangguan pihak ketiga. Sunyi sekejap saja kemudian ada lagi. Ayah pula selalu bila malam akan curi-curi keluar ke kereta dan bergayut.

Pernah juga ayah memerli emak dan mengejek emak sudah tua, gigi sudah luruh dan nampak seperti nenek kebayan. Kadang-kadang aku dah malas nak hadap semua ni. Aku nak lari je dari rumah. Aku dapat rasakan, mengapa ada sesetengah anak-anak lari dari rumah.

Disebabkan perangai begini la. Ada emak, hati baik sangat tak mahu cerai. Ada ayah, ambik kesempatan atas kebisuan emak. Alhamdulillah aku bertemu jodoh jua dan sudah berkahwin. Maka aku berpindah ikut suami. Kurang sikit bebanan dalam hati.

Tapi jadi lain pula apabila suami sentiasa mempersoalkan perangai ayah yang kurang bertanggungjawab pada emak. Ini disebabkan bapa mertua aku seorang yang sangat menjaga kebajikan keluarga. Jadi, agak pelik pada suami aku bila lihatkan perangai ayah sebegitu.

Aku mengambil pendekatan untuk berkata kepada suami supaya jangan persoalkan. Aku dah muak hadap perangai ayah. Sehingga beberapa bulan sebelum ayah meninggal, emak dan ayah masih bergaduh. Aku ni pelik juga.

Emak dan ayah berkahwin atas dasar suka sama suka tapi kenapa mesti terlalu banyak penderaan fizikal dan emosi dalam perkahwinan mereka. Jangan fikir kesannya pada pasangan sahaja. Anak-anak pun akan turut terkesan dan contohnya seperti aku.

Astaghfirullahalaziim sehingga ayah meninggal sekali pun, aku rasa mudah untuk redha kerana aku puas bila melihat emak sudah bebas dari penderaan emosi yang berpanjangan. Rasa aku ni seperti anak derhaka pula berkata begitu tapi inilah apa yang aku rasa dan pendam selama ni.

Di luar, aku nampak tenang dan ceria. Tapi, kisah duka emak dan keluarga kami agak sukar untuk aku lupakan. Maafkan ayah InsyaAllah tapi melupakan, mungkin sukar. Aku mohon maaf juga pada kalian sekiranya ada yang tersinggung dengan penulisan aku.

Aku cuma ingin meluahkan rasa sebagai seorang anak yang menderita mempunyai seorang bapa yang panas baran, ego dan kuat cemburu. Pada ayah dan ibu di luar sana, keputusan untuk harmoni kan rumahtangga bukan hanya untuk jaga emosi pasangan tetapi anak-anak juga. Untuk Ayah, al-fatihah.

Sekian. – Anita (Bukan nama sebenar)