Ayah diserang strok, MAZA luah sangsi kesan dos penggalak

Ayah diserang strok, MAZA luah sangsi kesan dos penggalak

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memohon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan MAZA itu berkata, saranan tersebut dibuat berikutan kesan yang dihadapi ayahnya selepas menerima dos ketiga (penggalak) vaksin Covid-19, baru-baru ini.

Ayahnya mula mengalami gejala muntah dan menjadi sangat lemah, tambahnya lagi.

“Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak?

“Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” katanya dalam siaran di Instagram miliknya pada Isnin dan dilaporkan kembali oleh akhbar Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, ramai orang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.

Menurutnya, anak kepada sahabatnya meninggal dunia dipercayai jatuh sakit mengejut selepas mengambil dos ketiga.

“Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau, orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci.