‘Ayah mereka dirampas perempuan kejam, laknatlah hidupnya’ – Ibu Syamsul Yusof

‘Ayah mereka dirampas perempuan kejam, laknatlah hidupnya’ – Ibu Syamsul Yusof

 

Selepas seminggu, pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengumumkan pernikahan keduanya bersama Ira Kazar, ibunya Datin Patimah Ismail terus meluahkan perasaan kurang senang.

Terbaharu menerusi laman Instagram (IG) pagi tadi, Patimah menulis seolah-olah meluahkan perasaan geram yang ditujukan terhadap menantu baharunya, Ira Kazar.

“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” katanya.

Pada hantaran tersebut isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut memuat naik gambar dua orang cucunya, yang juga anak kepada Syamsul dan isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Patimah bersama suaminya yang juga pengarah, Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan aktres, Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Berikutan itu, Patimah antara individu yang tidak terkecuali meluahkan perasaan kecewa dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya disebabkan kemelut rumah tangga anaknya itu.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di Twitter.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.