Ayahanda MB Kedah ditahan di hospital

Ayahanda MB Kedah ditahan di hospital

MB Kedah hari ini berkongsikan kisah sedih apabila memaklumkan ayahnya ditahan di hospital kerana keadaan kesihatannya yang sedikit merosot.

Dia memaklumkan perkara tersebut dalam hantaran FBnya ketika waktu bersahur pagi tadi.

Dam hantarannya, dia menulis…

Salam Ramadhan… Minta tolong sahabat-sahabat doakan ayahanda saya Hj Md Nor Taib yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar agar segera pulih.

Sejak empat hari lalu Pak mengadu tak larat tapi dia tak demam. Dia hilang tenaga dan hilang selera. Lepas berbuka puasa tadi Pak betul-betul tak bertenaga. Solatnya di kerusi Mak saja.

Jam 9 malam adik bongsu memaklumkan pulse rate Pak hanya 33, dia nak bawa ke Hospital Sik untuk buat pemeriksaan.

Saya dan adik beradik lain menyusul. Pulse rate Pak tak stabil, turun naik tak menentu antara 31-60, dibuat ujian darah dan x-ray, kata doktor jantung Pak tidak stabil.

Saya hubungi En Subhi Ketua Penyelia HSB untuk bawa Pak ke Hospital Sultanah Bahiyah. Setiba di HSB jam 3 pagi, Pak terus dibawa ke Zon Merah untuk pemeriksaan lanjut.

Terima kasih Doktor dan jururawat Hospital Sik, dan terima kasih En Subhi (Tok Misai) yang menjawab telefon walaupun jam 1.30 pagi. Semoga Pak dapat sembuh…

Kali pertama Pak ke hospital ialah pada 1985, kerana tangannya bengkak dipatuk ular kapak di jari ketika mengerat padi di bendang. Dia lari dari wad hospital Sg Petani balik ke rumah pada hari kedua di situ. Jarinya mereput tetapi tumbuh isi semula, tetapi jarinya bengkok dan runcing sampai sekarang.

Ini kali kedua Pak ditahan di hospital sejak 37 tahun lalu. Hero kami sepanjang zaman… Semoga berkat Ramadhan ini Allah sembuhkan Pak sekali lagi.

Sanusi turit berkongsikan gambar terkini ayahnya yang sedang menerima rawatan dalam hantaran FBnya.

Antara yang turut mendoakan kesihatan ayah beliau ialah bekas ahli Pas, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Semalam dalam satu video yang dikongsikan Malaysiakini, Sanusi menolak dakwaan Khairuddin apabila bekas Menteri Sawit itu mendakwa dirinya berhenti sekejap sebagai ahli Pas.

Menurut Sanusi, tiada istilah berhenti sekejap, namun yang ada hanyalah ahli yang patuh dengan disiplin parti.