“Ayam oh ayam… kenapa lelaki macam ni wujud?” – Suami Fatin Afeefa didakwa perli Adam Shahz
Pelakon Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dilaporkan telah menetapkan semula tarikh sebutan selepas Fatin selaku defendan membantah permohonan hak lawatan, bersama dan bermalam oleh Adam anak perempuan mereka.
Dah 4 Bulan Adam Shahz Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’ – “Mungkin Ada Syarat Yang Dia Tak Setuju”
Dalam pada itu, suami Fatin, Aliff Awang sempat memberi respon menerusi ruangan komen di hantaran Instagram Melodi TV3.
Hantaran tersebut menunjukkan keadaan di mahkamah dan turut mempamerkan Fatin serta Adam yang hadir untuk prosiding perbicaraan.
Beberapa individu membalas komen Aliff yang dikenali sebagai Opai itu dan menegurnya untuk tidak terlalu masuk campur urusan isterinya dan Adam selaku ibu bapa kepada Ivy.
Malah, menerusi Instagram story, Aliff telah memuat naik video menunjukkan dia menemani isteri serta turut persoal tentang kewujudan lelaki seperti Adam.
Tak faham, kenapa ada lelaki macam ni wujud dekat dunia.”