Ayda Jebat buat pengumuman mengejutkan selepas tamat Famili Duo

Ayda Jebat buat pengumuman mengejutkan selepas tamat Famili Duo

 

“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi.”

Demikian keputusan pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang mengumumkan setakat ini, dia tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti sejurus tamat Famili Duo, malam tadi.

Ayda,30, bagaimanapun masih terbuka untuk terlibat dalam sebarang pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan.

“Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya.

“Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti.

“Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insyaAllah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia turut berkongsi hal tersebut dengan suami, Nabil Mahir yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya sebelum ini, jawab Ayda;

“Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana.

“Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” katanya lagi.

Terdahulu dalam saingan malam kemuncak Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, Ayda dan adiknya Fyna Jebat (The Jebats) diumumkan sebagai Naib Juara.

Pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh duo Bella Astillah & Wany Kayrie dan Naim Daniel & Sissy Imann.

Ayda Jebat Umum Tak Akan Sertai Pertandingan Realiti Yang…

Famili Duo musim kedua bersiaran selama lapan minggu dan bagi edisi kali ini, ia menampilkan tujuh pasangan selebriti yang berentap setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan.

Pemarkahan ditentukan oleh juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80% sementara 20% berdasarkan undian atas talian oleh peminat.

Ayda Jebat Umum Tak Akan Sertai Pertandingan Realiti Yang…

Ayda Jebat Umum Tak Akan Sertai Pertandingan Realiti Yang…